Thursday, July 4, 2013

Nokia Lumia 1020 : 'Zoom. Dicipta Semula' tertiris di alam maya

Akaun @evleaks di twitter amat terkenal dalam dunia peranti khususnya telefon pintar sebagai pembocor gambar telefon pintar yang tepat dan paling berjaya setakat ini.

Sebuah gambar yang menunjukkan peranti terbaru Nokia yang telah dinanti-nantikan sekian lama telah tertiris di alam maya khususnya di twitter apabila pemilik akaun @evleaks mendedahkan gambar perati Nokia yang diberi nama Nokia Lumia 1020 untuk telco AT&T. Gambar berkenaan menunjukkan sebuah peranti yang dikuasakan oleh sistem operasi termaju Microsoft, Windows Phone 8.



Akaun @evleaks di twitter amat terkenal dalam dunia peranti khususnya telefon pintar sebagai pembocor gambar telefon pintar yang tepat dan paling berjaya setakat ini. Beliau meletakkan caption 'Nokia Lumia 1020 untuk AT&T, 2013'. AT&T adalah salah satu telco terbesar dan antara yang berpengaruh di Amerika Syarikat.


Selain dikuasakan oleh Windows Phone 8, gambar diatas menunjukkan aplikasi terbaru daripada Nokia iaitu 'Nokia Pro Cam' didalam live tile yang berwarna ungu itu. Sebelum ini, dunia alam maya dikejutkan dengan lambakan gambar rangka Nokia Lumia 1020 dengan pelbagai warna yang telah tertiris. Ada juga gambar menunjukkan rangka peranti hebat ini diperbuat daripada aluminium dan mempunyai kamera yang berbentuk bulat berbanding segi empat tepat pada Nokia 808 PureView.



Mengikut desas desus yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini, Nokia Lumia 1020 atau kod namanya Nokia EO dilengkapi skrin sentuh PureMotion HD+, AMOLED 4.5 inci dengan processor dual-core Qualcomm dan mempunyai ROM seluas 32GB. 



Kameranya diberitakan berjenis PureView dengan resolusi setinggi 41MP dilengkapi lampu flash Xenon dan lampu bantuan fokus LED.  Selain itu, terdapat penutup bahagian belakang yang khas dan boleh digunakan untuk pengecasan wayarles Qi. Anda teruja? Ya. nantikan pengumuman Nokia pada 11 Julai ini. 

Sumber: @evleaks  (twitter account)

Tuesday, July 2, 2013

Survei Kantar: Pasaran Windows Phone terus mengukuh, bakal pencabar iOS

Kajian yang dijalankan oleh pihak Kantar pada bagi pasaran telefon pintar untuk pasaran-pasaran utama seluruh dunia memperlihatkan dominasi berterusan sumber terbuka Android dengan rata-rata melebihi 60% perkongsian pasaran. Ini diikuti iOS, seterusnya Windows Phone, Blackberry, Symbian dan lain-lain.


Menariknya, sistem operasi termaju daripada Microsoft, Windows Phone terus mengukuhkan penguasaan berbanding mei tahun lepas serta menidakkan penguasaan Blackberry sebagai sistem operasi ketiga utama dunia. Kini, secara rasminya Windows Phone merampas takhta Blackberry sebagai sistem operasi ke-3 selepas Android dan iOS.


Windows Phone berjaya mengatasi Blackberry di pasaran-pasaran utama seperti di Jerman, Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis, Australia, Itali, Sepanyol dan negara-negara EU5. Selain itu, Windows Phone berjaya merapatkan jurang dengan iOS di pasaran Sepanyol, Mexico dan Itali. 


Strategi Nokia untuk berganding bahu bersama-sama Microsoft untuk menjayakan sistem operasi Windows Phone ini merupakan satu idea yang sangat baik. Ini kerana keunikkan Windows Phone itu sendiri yang amat berbeza daripada sistem operasi lain, dari segi antara muka sehinggalah kepada keunikkan dalam sistem operasi windows phone itu sendiri telah membawa dan mengangkat Nokia ke satu tahap yang  amat berbeza daripada pembuat telefon pintar yang lain. Nokia berada dilandasan yang betul bagi memacu perubahan dalam menyediakan telefon pintar yang revolusioniser, berkualiti dan unik untuk disediakan kepada pasaran telefon pintar dunia.


Sementara itu, Nokia akan menghentikan pengeluaran telefon pintar Symbian sepenuhnya selepas musim panas tahun 2013. Symbian pernah menjadi sistem operasi telefon pintar yang paling popular di dunia yang merangkumi 70% bahagian pasaran pada kemuncak kegemilangannya. Dengan persaraan Symbian ini,  Ini akan memberi laluan kepada sistem operasi Windows Phone untuk kembali menguasai pasaran, seperti yang pernah dilakukan oleh lagenda Nokia, Symbian satu ketika dahulu.

Sumber: Kantar Survey,Majalah InitialD no. 140