Tuesday, December 28, 2010

Peraduan Foto Lapangan Program Geologi 2011: Keterangan dan Syarat


PERADUAN FOTO LAPANGAN GEOLOGI 2011
Keterangan dan Syarat Peraduan

1.    Kategori Peraduan
Peraduan diadakan dalam dua kategori, iaitu:
-       Kategori Pelajar
-       Kategori Terbuka

2.    Syarat Kelayakan Peserta
-       Kategori Pelajar:  Pelajar Program Geologi UKM bagi Tahun Kemasukan 2008/09 (Tahun 3), 2009/10 (Tahun 2) dan 2010/11 (Tahun 1).
-       Kategori Terbuka:    Ahli akademik Program Geologi semasa dan bekas ahli; bekas pelajar Program Geologi.

3.      Syarat Kelayakan Bahan
-     Kategori Pelajar:   Fotograf yang bersumberkan kerjalapangan Tahun 1 (Okt 2010),  Tahun 1 Pantai Timur (Mei 2011), Tahun 2 Barat Laut (Disember 2010), Tahun 2 Kuala Krai/Bukit Keluang (Mei 2011) dan kerjalapangan Projek Penyelidiikan I (Jun 2011).
-     Kategori Terbuka:   Fotograf daripada sebarang kerjalapangan di Semenanjung Malaysia anjuran Jabatan/Program Geologi dan/atau kerjalapangan persendirian.

4.    Bilangan Penyertaan
Setiap peserta dibenarkan menghantar maksimum dua penyertaan.

5.    Syarat Bahan
Fotograf mestilah:
-       Asli
-       Diambil oleh peserta sendiri
-       Jelas dan terang
-       Bermotifkan (1) Keindahan alam yang berkaitan dengan formasi geologi, (2) Keunikan/kejarangan jumpaan bahan bumi, e.g. mineral, batuan, bijih dan fosil., (3)  Keunikan/kejarangan jumpaan stuktur geologi primer dan sekunder, e.g sesar, (4) Keunikan/kejarangan jumpaan fitur akibat proses geologi, e.g. profil tanah, dan (5)  Keunikan kerja ahli geologi di lapangan.
-       Mempunyai keterangan (caption) bagi setiap penyertaan sekitar 20 perkataan dalam Bahasa Melayu standard.

6.    Cara Penyertaan
Semua penyertaan hendaklah disampaikan dalam bentuk elektronik yang dialamatkan ke wall facebook Prof. Madya Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob ATAUdiemailkan kepada drwzwy@gmail.com , bersama-sama nama penuh peserta, tarap peserta dan alamat.

7.     Penghakiman
Peraduan ini dihakimi Panel Hakim terdiri daripada Prof. Madya Dr.  Wan Zuhairi Wan Yaacob (Ketua) dan ahlinya Prof. Dr. Hamzah Mohamad, Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed, Prof. Madya Dr. Juhari Mat Akhir dan Dr. Habibah Hj. Jamil. Keputusan Panel Hakim adalah muktamat.

8.     Hadiah dan Majlis Penyampaian
Hadiah-hadiah berupa wang tunai bernilai sama bagi kedua-dua kategori:
-       Pertama RM200
-       Kedua RM150
-       Ketiga RM100
-       Hadiah sagu hati, RM50  setiap satu. Bilangannya tertakluk kepada jumlah penyertaan.
Hadiah akan disampaikan dalam satu majlis pada awal Julai 2011.

9.   Tarikh Tutup Penyertaan
Penyertaan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 30 Jun 2011.

10.  Pertanyaan
Sila kemukakan sebarang pertanyaan tentang peraduan ini kepada Prof. Dr. Hamzah Mohamad atau Prof. Madya Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob.

Salah satu struktur perlipatan di kawasan Bkt. Peria, Port Dickson semasa kursus Teknik Pemetaan akhir semester lepas.


Sesiapa yang berminat (pelajar geologi UKM sahaja) bolehlah menghantar penyertaan saudara/i ke emel/facebook yang tertera.